Program Pertukaran Pelajar KRK Negeri Perak 2008

Tarikh: 25 - 29 Februari 2008

Kenangan manis abadi selamanya. Semoga bertemu lagi.

Pelajar RPS yang terpilih untuk Program Pertukaran Pelajar. Bersedia untuk menimba ilmu di tempat orang... Barisan AJK Sambutan yang bertugas pada hari pendaftaran, terdiri daripada pelajar Tingkatan 2 RK1 dan 2 RK2. Yang ditunggu telah tiba...sesi mendaftar pelajar angkat daripada SMK Panglima Bukit Gantang.

Selamat datang ke RPS! Pelajar angkat daripada SMK Seri Perak dan SMK Batu Sepuluh selamat sampai ke asrama RPS. Sesi minum petang dan suai kenal di antara pelajar angkat dan liason officer (L.O)...Silalah minum, jangan malu-malu. Pelajar angkat mengikuti sesi P & P di kelas yang telah ditetapkan.
Pelajar angkat menyesuaikan diri bersama rakan sekelas yang lain. Lawatan sekitar bandaraya Ipoh bersama Puan Azbarina, Cik Zaiton dan 2 orang L.O. Sesi riadah di Gimnasium RPS. Pelajar mendengar taklimat daripada Puan Rozitah selaku Jurulatih Pasukan Bola Jaring RPS.

Penat beriadah, tangkap gambar jangan lupa. Pelajar mengabadikan kenangan bersama pemain bola jaring RPS. Pelajar angkat di bawa melawat Galeri Puteri bagi mendalami sejarah RPS. Buku tetap tak tinggal. Pelajar mengambil peluang membaca di Pusat Sumber RPS.
Sebagai tanda kenangan, pelajar angkat bergambar bersama raka-rakan sekelas Ting 2RK1, penyelaras krk dan pentadbir RPS. Sebagai tanda kenangan, pelajar angkat bergambar bersama raka-rakan sekelas Ting 2RK2, penyelaras krk dan pentadbir RPS. Selamat tinggal teman-temanku...Semoga berjumpa lagi di lain waktu... Hari terakhir di RPS.
Sesi refleksi dan rumusan program bersama Pengetua RPS. Sebelum meninggalkan RPS, Pengetua menyampaikan cenderahati tanda kenangan kepada setiap sekolah yang terlibat dalam program ini. Semoga ilmu yang ditimba menjadi pengalaman berharga yang tak mungkin dilupakan buat selama-selamanya.

atas

 

Lawatan Penandaarasan JPN, Pengetua dan Penyelaras Sekolah Rancangan Khas Negeri Melaka

Tarikh: 21 Februari 2008

Bersama menggemilangkan kecemerlangan KRK.

Para pelajar KRK sedia menanti kedatangan pelawat bersama cenderahati yang akan diberikan. Barisan pelajar KRK potensi 'perfect score' PMR dan SPM 2008 berbaris bagi menyambut kedatangan pelawat. Pelawat yang ditunggu sudah pun tiba. Salam dihulur pengikat ukhwah.
Pelawat dibawa ke Dewan Kuliah bagi sesi taklimat. Puan Sabariah selaku Pengacara Majlis, sungguh profesional memikul tugas. Encik Ahmad Shaker dari PPD Kinta Utara menyampaikan taklimat selaku pembuka bicara.
Khusyuk mendengar taklimat, warga pendidik, pegawai JPN, pengetua dan penyelaras KRK Melaka. Puan Pengetua menyampaikan taklimat berkaitan KRK di RPS. Selesai mendengar taklimat, tiba masa untuk menjamu selera!
Bakat terpendam pelajar RPS. Tak pernah kalah. Gemersik suara diiringi alunan piano. Pelawat dijamu sambil dihiburkan dengan persembahan pelajar.

RPS Idol jatuh ke tangan Iffa! Pelajar RPS yang berbakat. Pegawai JPN Melaka menyampaikan sepatah dua kata sebelum mengakhiri majlis. Sesi penyampaian cenderamata oleh Puan Pengetua tanda kenang-kenangan.

atas

 

Majlis Hari Bertemu Waris

Tarikh: 17 Februari 2008

Sesi perbincangan dan diskusi antara pentadbir sekolah, PIBG dan ibu bapa pelajar asrama.

Para ibu bapa mendaftarkan diri bagi majlis Hari Bertemu Waris. Sebahagian ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut. Bilangan yang hadir adalah lebih daripada jangkaan. Puan Pengetua menyampaikan sepatah dua kata fokus kepada objektif majlis tersebut diadakan.

Barisan pentadbir RPS bersama AJK PIBG bersedia mendengar komen dan cadangan daripada ibu bapa. Sebelum sesi dialog bermula, para hadirin dijamu dengan sedikit kudapan. Sesi dialog bermula bagi memberi peluang ibu bapa memberi komen serta cadangan.

atas

 

Taklimat British Council Programme - Climate Cool School

Tarikh: 25 Januari 2008

Sasaran pelajar: Ting 1 & 2 KRK. Bersama meneroka dunia ICT!

Encik TJ Pereira bertindak sebagai Pengacara Majlis pada hari tersebut Antara guru Sains dan Bahasa Inggeris yang bersama-sama dalam sesi taklimat Dr Seri Intan, Senior Manager British Council menyampaikan taklimat mengenai program Climate Cool School
 
Wakil daripada JPN bersama Puan Pengetua turut hadir dalam sesi taklimat. Kelihatan Encik Abu Bakar, GK Sains Penutup sesi taklimat, cenderahati sebagai kenang-kenganan  

atas

 

Hari Pendaftaran dan Minggu Orientasi Pelajar KRK Tingkatan 1 2008

Tarikh: 2 Januari 2008 - 6 Januari 2008

Selamat datang pelajar baru ke dunia RPS!

Kaunter pendaftaran dan bayaran yuran bersedia menerima kedatangan para ibu bapa Suasana sibuk ketika sesi pembayaran yuran asrama dan sekolah Mengalu-alukan kedatangan Encik Zainul Kamal ke RPS bagi merasmikan Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 KRK

Puan Hjh Haslina selaku PK HEM menyampaikan taklimat kepada para ibu bapa Sesi taklimat di asrama dikendalikan oleh warden Minggu orientasi bermula. Pelajar bersedia ke Padang Polo bagi aktiviti sukaneka
Pelajar Tingkatan 4 dan 5 KRK mengendalikan slot memanaskan badan Salah satu acara yang dipertandingkan Wajah ceria pelajar dan kaunselor selepas aktiviti di Padang Polo

 

Bakal pelajar cemerlang KRK. Tersenyum riang, namun menahan rindu kepada keluarga di rumah

Sesi bersama pengetua di Surau An-Nur

 

atas

 

 
 

laman utama rps   |   laman utama krk  webmaster